Pelawat...
1884
Wednesday, 20 March 2013
Peraturan Bilik Darjah
a) Sebelum memulakan pengajaran, guru perlulah
membincangkan perkara seperti berikut:
- · Pengurusan bilik drjah
- · Harapan guru
- · Objektif
- · Aktiviti
- · Peraturan
- · Memantau pelaksanaan peraturan dalam bilik darjah
Perkara2 di atas perlulah dilakukan secara konsisten (tetap)
supaya berkesan dan tidak berorentasikan untuk menghukum agar, dapat melicinkan
PDP, murid lebih fokus dan mengurangkan tingkah laku disruktif.
b) Peranan Guru
- · Mengurus - mengurus murid untuk mematuhi peraturan....other than that is, menguruskan pembelajaran murid...why, mestilah seorang guru yang hebat, bijak dalam menguruskan muridnya demi mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai.
- · Perancang - merancang peraturan (dipersetujui oleh murid). Contohnyer, menjaga kebersihan kelas dengan membuat jadual bertugas mengikut kemampuan murid. Selain itu, guru juga berperanan dalam merancang pembelajaran. Contoh ni luar dari topik peraturan bilik darjah ok...
- · Pembimbing - peka dan mengambil berat tentang semua pergerakan dan tingkah laku murid dan membimbing murid untuk mengikut peraturan. Dalam konteks pendidikan khas, murid PK ni perlukan bimbingan yang tinggi dalam memastikan diorg ni mengikut peraturan...
- · Penyelaras - membuat peraturan yang seiring dengan peraturan sekolah....cikgu jangan nak memandai buat peraturan yang lebih straight drp sekolah k.....dgn kata lain jangan melanggar peraturan sekolah ketika membuat peraturan di dalam bilik darjah.
- · Pemudahcara (fasilitator) - menyenaraikan peraturan dalam bentuk yang mudah, difahami dan jelas. haaaaa, ni contoh paling jelas ialah time BIG sekolah. masa nilah guru bertindak sebagai pemudahcara iaitu memberi maklumat kepada ibubapa dengan jelas berkenaan prestasi anak mereka di sekolah.
c) Prinsip Membentuk Peraturan
So apekah prinsip2 dalam membentuk peraturan ni...bukan
pakat main buat je mak cik deh.....kena ikut prinsip2 brulah berjaya sesuatu
peraturan itu......
- · Munasabah mengikut tahap bilik darjah...contohnyer, darjah 1 peraturan lebih mudah dicapai seperti datang awak ke sekolah, beratur dihadapan kelas dengan betul.....for darjah 4,5 or 6 pulak ialah menjaga kebersihan bilik darjah, menyusun meja supaya lebih kemas dan lain-lain..
- · Ayat mesti ringkas, jelas dan boleh difahami...
- · Bermakna dan dipersetujui.......utk pengetahuan u ollss, lebih berkesan sekiranya guru membentuk peraturan bersama murid dan guru perlulah bersikap demokrasi...
- · Hadkan bilangan peraturan
- · Adil dan dan membantu proses pembelajaran..
- · Selaras dengan peraturan sekolah...
·
Antara perkara yang boleh
dibuat ialah guru perlulah menyenaraikan dan pamerkan peraturan pada bilik
darjah.....ape tujuannyer.....tak lain tak bukan ialah agar peraturan tu senang
untuk murid-murid yang kecil molek tu tengok and boleh dibaca dengan jelas.
e) Contoh Peraturan Bilik Darjah
- · Sentiasa duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk menerima pelajaran dari guru.
- · Membawa buku dan alat-alat yang diperlukan sewaktu sesi pembelajaran.
- · Sentiasa mendengar dan bercakap bila perlu sahaja.
- · Menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang telah ditetapkan.
- · Sentiasa memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan teratur.
- · Elakkan pembaziran.
- · Menjaga hak kerajaan dan persendirian dengan baik.
- · Tidak menipu.
- · Sentiasa berbudi bahasa dan hormat menghormati antara satu sama lain.
- · Sentiasa mematuhi arahan guru.
Monday, 18 March 2013
kata-kata HIKMAH
3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan
9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Wednesday, 13 March 2013
Maksud Pengurusan Bilik Darjah
Pengenalan:
• Pengetahuan
tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru.
• Pengurusan
bilik darjah komponen penting dalam latihan perguruan kerana murid
tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.
• Pembelajaran
serta potensi pelajardapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta
mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan
pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan.
Definisi:
• Lemlech
(1988):
Ø Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai
orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan
kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.
Ø Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik
darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta
tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang
mungkin timbul.
• Hall
(2000):
Ø Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah
satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
Ø Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek
memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang
bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
Ø Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah
haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.
- Levin dan Nolan (2004):
Ø Menurut mereka adalah mudah membezakan antara
dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada
pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri
Tuesday, 12 March 2013
Konsep Pengurusan Bilik Darjah
![]() |
Suasana biilik darjah yang kondusif |
Pengurusan bilik darjah bermula sebelum bermula sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p), semasa p&p dan selepas p&p. Kajian telah membuktikan bahawa pengurusan bilik darjah yang baik mempengaruhi pencapaian akademik yang lebih tinggi. Ia juga mempengaruhi emosi dan motivasi murid dalam proses p&p.
Richard (1990) - Mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Alberto & Troutman (1986) - pengurusan bilik darjah boleh didefinasikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, rang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.
Sanford J., Emmer E. & Clemments B. - Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif.
Lawatan ke Sk Nanamun
Pada 25 Februari 2013, kami telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Nanamun yang terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Sepanjang lawatan kami, kami telah membuat pemerhatian terhadap suasana dan keadaan sebuah sekolah yang terletak diluar bandar. Keadaan sekolah sangat bersih tetapi infrastruktur dan kemudahan yang ada disekolah tersebut boleh dikategorikan sebagai lemah.
![]() |
keadaan infrastruktur Sk Nanamun |
![]() |
keadaan bilik darjah di Sk Nanamun |
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Psyco_Connection . Powered by Blogger.
Cerita Menarik..
-
Pada 25 Februari 2013, kami telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Nanamun yang terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Sepanjang lawat...
-
a) Sebelum memulakan pengajaran, guru perlulah membincangkan perkara seperti berikut: · Pengurusan bilik drjah · Ha...
-
Suasana biilik darjah yang kondusif Pengurusan bilik darjah bermula sebelum bermula sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p), semasa ...
-
1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudi...
-
Pengenalan: • Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru. • Pengurusan b...