Pelawat...
1883
Wednesday, 20 March 2013
Peraturan Bilik Darjah
a) Sebelum memulakan pengajaran, guru perlulah
membincangkan perkara seperti berikut:
- · Pengurusan bilik drjah
- · Harapan guru
- · Objektif
- · Aktiviti
- · Peraturan
- · Memantau pelaksanaan peraturan dalam bilik darjah
Perkara2 di atas perlulah dilakukan secara konsisten (tetap)
supaya berkesan dan tidak berorentasikan untuk menghukum agar, dapat melicinkan
PDP, murid lebih fokus dan mengurangkan tingkah laku disruktif.
b) Peranan Guru
- · Mengurus - mengurus murid untuk mematuhi peraturan....other than that is, menguruskan pembelajaran murid...why, mestilah seorang guru yang hebat, bijak dalam menguruskan muridnya demi mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai.
- · Perancang - merancang peraturan (dipersetujui oleh murid). Contohnyer, menjaga kebersihan kelas dengan membuat jadual bertugas mengikut kemampuan murid. Selain itu, guru juga berperanan dalam merancang pembelajaran. Contoh ni luar dari topik peraturan bilik darjah ok...
- · Pembimbing - peka dan mengambil berat tentang semua pergerakan dan tingkah laku murid dan membimbing murid untuk mengikut peraturan. Dalam konteks pendidikan khas, murid PK ni perlukan bimbingan yang tinggi dalam memastikan diorg ni mengikut peraturan...
- · Penyelaras - membuat peraturan yang seiring dengan peraturan sekolah....cikgu jangan nak memandai buat peraturan yang lebih straight drp sekolah k.....dgn kata lain jangan melanggar peraturan sekolah ketika membuat peraturan di dalam bilik darjah.
- · Pemudahcara (fasilitator) - menyenaraikan peraturan dalam bentuk yang mudah, difahami dan jelas. haaaaa, ni contoh paling jelas ialah time BIG sekolah. masa nilah guru bertindak sebagai pemudahcara iaitu memberi maklumat kepada ibubapa dengan jelas berkenaan prestasi anak mereka di sekolah.
c) Prinsip Membentuk Peraturan
So apekah prinsip2 dalam membentuk peraturan ni...bukan
pakat main buat je mak cik deh.....kena ikut prinsip2 brulah berjaya sesuatu
peraturan itu......
- · Munasabah mengikut tahap bilik darjah...contohnyer, darjah 1 peraturan lebih mudah dicapai seperti datang awak ke sekolah, beratur dihadapan kelas dengan betul.....for darjah 4,5 or 6 pulak ialah menjaga kebersihan bilik darjah, menyusun meja supaya lebih kemas dan lain-lain..
- · Ayat mesti ringkas, jelas dan boleh difahami...
- · Bermakna dan dipersetujui.......utk pengetahuan u ollss, lebih berkesan sekiranya guru membentuk peraturan bersama murid dan guru perlulah bersikap demokrasi...
- · Hadkan bilangan peraturan
- · Adil dan dan membantu proses pembelajaran..
- · Selaras dengan peraturan sekolah...
·
Antara perkara yang boleh
dibuat ialah guru perlulah menyenaraikan dan pamerkan peraturan pada bilik
darjah.....ape tujuannyer.....tak lain tak bukan ialah agar peraturan tu senang
untuk murid-murid yang kecil molek tu tengok and boleh dibaca dengan jelas.
e) Contoh Peraturan Bilik Darjah
- · Sentiasa duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk menerima pelajaran dari guru.
- · Membawa buku dan alat-alat yang diperlukan sewaktu sesi pembelajaran.
- · Sentiasa mendengar dan bercakap bila perlu sahaja.
- · Menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang telah ditetapkan.
- · Sentiasa memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan teratur.
- · Elakkan pembaziran.
- · Menjaga hak kerajaan dan persendirian dengan baik.
- · Tidak menipu.
- · Sentiasa berbudi bahasa dan hormat menghormati antara satu sama lain.
- · Sentiasa mematuhi arahan guru.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Psyco_Connection . Powered by Blogger.
Cerita Menarik..
-
Pada 25 Februari 2013, kami telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Nanamun yang terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Sepanjang lawat...
-
a) Sebelum memulakan pengajaran, guru perlulah membincangkan perkara seperti berikut: · Pengurusan bilik drjah · Ha...
-
Suasana biilik darjah yang kondusif Pengurusan bilik darjah bermula sebelum bermula sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p), semasa ...
-
1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudi...
-
Pengenalan: • Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru. • Pengurusan b...
0 comments:
Post a Comment