Pelawat...

Wednesday 20 March 2013

Peraturan Bilik Darjah


a) Sebelum memulakan pengajaran, guru perlulah membincangkan perkara seperti berikut:
  • ·         Pengurusan bilik drjah
  • ·         Harapan guru
  • ·         Objektif
  • ·         Aktiviti
  • ·         Peraturan
  • ·         Memantau pelaksanaan peraturan dalam bilik darjah


Perkara2 di atas perlulah dilakukan secara konsisten (tetap) supaya berkesan dan tidak berorentasikan untuk menghukum agar, dapat melicinkan PDP, murid lebih fokus dan mengurangkan tingkah laku disruktif.

b) Peranan Guru

  • ·         Mengurus - mengurus murid untuk mematuhi peraturan....other than that is, menguruskan pembelajaran murid...why, mestilah seorang guru yang hebat, bijak dalam menguruskan muridnya demi mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai.
  • ·         Perancang - merancang peraturan (dipersetujui oleh murid). Contohnyer, menjaga kebersihan kelas dengan membuat jadual bertugas mengikut kemampuan murid. Selain itu, guru juga berperanan dalam merancang pembelajaran. Contoh ni luar dari topik peraturan bilik darjah ok...
  • ·         Pembimbing - peka dan mengambil berat tentang semua pergerakan dan tingkah laku murid dan membimbing murid untuk mengikut peraturan. Dalam konteks pendidikan khas, murid PK ni perlukan bimbingan yang tinggi dalam memastikan diorg ni mengikut peraturan...
  • ·         Penyelaras - membuat peraturan yang seiring dengan peraturan sekolah....cikgu jangan nak memandai buat peraturan yang lebih straight drp sekolah k.....dgn kata lain jangan melanggar peraturan sekolah ketika membuat peraturan di dalam bilik darjah.
  • ·         Pemudahcara (fasilitator) - menyenaraikan peraturan dalam bentuk yang mudah, difahami dan jelas. haaaaa, ni contoh paling jelas ialah time BIG sekolah. masa nilah guru bertindak sebagai pemudahcara iaitu memberi maklumat kepada ibubapa dengan jelas berkenaan prestasi anak mereka di sekolah.


c) Prinsip Membentuk Peraturan

So apekah prinsip2 dalam membentuk peraturan ni...bukan pakat main buat je mak cik deh.....kena ikut prinsip2 brulah berjaya sesuatu peraturan itu......
  • ·         Munasabah mengikut tahap bilik darjah...contohnyer, darjah 1 peraturan lebih mudah dicapai seperti datang awak ke sekolah, beratur dihadapan kelas dengan betul.....for darjah 4,5 or 6 pulak ialah menjaga kebersihan bilik darjah, menyusun meja supaya lebih kemas dan lain-lain..
  • ·         Ayat mesti ringkas, jelas dan boleh difahami...
  • ·         Bermakna dan dipersetujui.......utk pengetahuan u ollss, lebih berkesan sekiranya guru membentuk peraturan bersama murid dan guru perlulah bersikap demokrasi...
  • ·         Hadkan bilangan peraturan
  • ·         Adil dan dan membantu proses pembelajaran..
  • ·         Selaras dengan peraturan sekolah...


d) Ape yang boleh dibuat oleh seorang guru tu dalam mempamerkan peraturan yang dibuat???

·         Antara perkara yang boleh dibuat ialah guru perlulah menyenaraikan dan pamerkan peraturan pada bilik darjah.....ape tujuannyer.....tak lain tak bukan ialah agar peraturan tu senang untuk murid-murid yang kecil molek tu tengok and boleh dibaca dengan jelas.

e) Contoh Peraturan Bilik Darjah

  • ·         Sentiasa duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk menerima pelajaran dari guru.
  • ·         Membawa buku dan alat-alat yang diperlukan sewaktu sesi pembelajaran.
  • ·         Sentiasa mendengar dan bercakap bila perlu sahaja.
  • ·         Menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang telah ditetapkan.
  • ·         Sentiasa memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan teratur.
  • ·         Elakkan pembaziran.
  • ·         Menjaga hak kerajaan dan persendirian dengan baik.
  • ·         Tidak menipu.
  • ·         Sentiasa berbudi bahasa dan hormat menghormati antara satu sama lain.
  • ·         Sentiasa mematuhi arahan guru.

Monday 18 March 2013

kata-kata HIKMAH



1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 


2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 



3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."



5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Wednesday 13 March 2013

Maksud Pengurusan Bilik Darjah



Pengenalan:

•          Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru.
•          Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam  latihan perguruan kerana murid tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.
•          Pembelajaran serta potensi pelajardapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan.

Definisi:

•          Lemlech (1988): 
Ø  Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.
Ø  Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

•          Hall (2000):
Ø  Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.
Ø  Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.
Ø  Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.


  •    Levin dan Nolan (2004):
Ø  Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri

Tuesday 12 March 2013

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Suasana biilik darjah yang kondusif

Pengurusan bilik darjah bermula sebelum bermula sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p), semasa p&p dan selepas p&p. Kajian telah membuktikan bahawa pengurusan bilik darjah yang baik mempengaruhi pencapaian akademik yang lebih tinggi. Ia juga mempengaruhi emosi dan motivasi murid dalam proses p&p.

Richard (1990) - Mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Alberto & Troutman (1986) - pengurusan bilik darjah boleh didefinasikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, rang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai  untuk pembelajaran.

Sanford J., Emmer E. & Clemments B. - Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif.

Lawatan ke Sk Nanamun



Pada 25 Februari 2013, kami telah membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Nanamun yang terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Sepanjang lawatan kami, kami telah membuat pemerhatian terhadap suasana dan keadaan sebuah sekolah yang terletak diluar bandar. Keadaan sekolah sangat bersih tetapi infrastruktur dan kemudahan yang ada disekolah tersebut boleh dikategorikan sebagai lemah.
keadaan infrastruktur Sk Nanamun
Namun begitu, guru disekolah tersebut mampu menyediakan bilik darjah yang sesuai dan boleh dikategorikan sebagai kondusif bagi menjalankan proses p&p.

keadaan bilik darjah di Sk Nanamun


Powered By Blogger
Psyco_Connection . Powered by Blogger.

Cerita Menarik..

Tentang Kami...

Pengikut kami...